Sejarah SMK Jitra

Lembaran sejarah sekolah ini bermula pada 1961 apabila ia dibuka sebagai institusi pendidikan dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Pada peringkat permulaan sekolah ini mempunyai 50 orang pelajar lelaki dari seluruh negeri Kedah dan Perlis yang melanjutkan pelajaran sehingga Tingkatan 3. Sekolah ini menitikberatkan pelajaran vokasional dan akademik. Ia merupakan satu-satunya sekolah lanjutan di Kedah yang mengeluarkan pelajar terlatih bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kerja tangan dan pertukangan.Sekolah ini merupakan sekolah berasrama dan dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pada 29 November 1964. Pada Januari 1965, sekolah ini telah diperkenalkan dengan sistem pendidikan baru iaitu Aliran Melayu dan Aliran Inggeris. Sekolah ini mula dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH JITRA(SMJ) pada Januari 1966. SMJ terus berkembang dan beberapa pembaharuan dibuat seperti membina asrama pelajar yang mula digunakan pada tahun 1982.Sehingga sekarang SMJ mempunyai sebuah surau, stadium mini, perpustakaan dan sebuah dewan besar untuk kemudahan pelajar di samping 8 blok bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah.

Kronologi Sejarah

  • Nama asal Sekolah Menengah Jitra ialah Sekolah Lanjutan Kampung Jitra.
  • Guru Besar yang pertama ialah Encik Ahmad Marican.
  • Sekolah Lanjutan Kampung Jitra dirasmikan oleh Tunku Bendahara Kedah pada tahun 1965.
  • Tarikh pertukaran nama Sekolah Lanjutan Kampung Jitra kepada Sekolah Menengah Jitra ialah pada tahun 1966.
  • Guru Besarnya ialah Encik Chong Eng Kong. Beliau berkhidmat dari tahun 1964 hingga tahun 1975.
  • Nama Sekolah Menengah Jitra diberi kerana pada masa itu sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah menengah di Jitra.
  • Sekolah Menengah Jitra ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra mulai 1997 SMKJ diberikan taraf Sekolah Bestari mulai Januari 1999.